Paul Penders Partner

Uncategorized


Saya menulis dengan penuh kesedaran setelah seminggu tidak berhubungan. Ada sedikit cubaan dari Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa Alam. Kasih dan sayang Allah menjadikan saya teruji dengan kesihatan.
.

Dalam tempoh seminggu itu banyak kemudahan dan keistimewaan berlaku terutama huluran tangan dari YBhg Dato’ Hussamuddin, pemilik Karangkraf Media yang ada Sinar Harian dan Majalah Mingguan Wanita yang sudi mahu membantu kita menyebar luas Brand Awareness kepada produk Paul Penders.

.

Kita mesti terus membesarkan kuasa hubungan silaturahim ini sebagai modal sosial. Kita juga mesti berkata benar kepada pelanggan dan pengguna kita.

.

Usah hype. Usah besarkan apa yang diluar dari kawalan kita. Kita membantu membawa produk produk terbaik karya nukilan Paul Penders ini kepada pengguna. Membawa kebaikan dari alam.

.

Usah lah kita mengambil tugas para doktor kulit dengan melakukan perkara tidak beretika. Berhenti mendakwa sabun kita boleh menyembuhkan penyakit enzecma. Benar, ada berlaku. Saya tidak kata Tuan dan Cikpuan bohong. Namun empat lima kes tidak menjadikan ia kajian yang tertulis dalam jurnal.

.

Berulangkali Paul Penders mengingatkan kita, andai apa yang dibuat oleh ramai “Founder Cosmetic”  hari ini di lakukan di Amerika Syarikat , (mendakwa itu dan ini ), ramai akan didakwa atau berakhir di dalam penjara. 

.

Usah kita ambil alih isu perubatan di mana apa-apa yang mungkin dilakukan boleh memburukkan lagi keadaan, walaupun semudah penggunaan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

Kita mesti  jujur, adil dan beretika dengan melerakkan kepentingan pesakit di fikiran, bukan kepentingan kewangan atau kadang-kadang ego mahu cakap produk kita bagus. 

Kita akan  kekal dengan cara Paul Penders. Sentiasa menggunakan bahan dari Flora dan bungaan serta apa jua khazanah terbaik dari alam. Karya hasilan produk yang mengkagumkan.

Kita berani rekemen. Kita sanggup rentas lautan untuk pengguna dapat merasa guna produk kita. Kita tidak gunakan pewangi tiruan. Segala galanya asli. Dan kita juga tidak klaim apa yang tidak perlu.

Hati yang berkata, hati pengguna mendengar. Kejujuran bersabda, keterujaan jua yang bakal menghiasi setiap dada pelanggan dan pengguna Paul Penders. 

Kita adalah satu dan sesatunya produk yang menerima pelbagai persijilan dunia. Tanpa berkata  lebih baik pun, kita akan mekar dalam ingatan para pengguna. Wangian semerbak harum mewangi Essence of Life atau  LevensESSENTIE Gold, formula tradsisi 100-tahun keluarga Penders adalah teknologi biologi yang meletakkan kita di depan.

Apabila kita boleh berbisik perkara pasti, apa sebab kita harus menjerit melaung tidak tentu hala